top of page

#1 10 Aktiviti Masa Lapang PKP

Updated: Nov 12, 2020





Assalamualaikum w.b.t.


Apa khabar semua? Harapnya sihat walafiat di kala waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dijalankan. Pejam celik pejam celik, bermula lah Fasa ke-3 PKP seperti mana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri kita yang akan berkuatkuasa pada 15 hingga 28 April 2020. Tambahan lagi 2 minggu. Wah lama tu. Macam-macam benda kita boleh buat pada waktu senggang kita di rumah. Mesti ramai terfikir-fikir dan termenung seorang diri apa nak buat kat rumah ni. Sampai bolehlah berbual dengan dinding dan kipas kisahnya. Nampak tahap parah dah. Haha. Bak kata budak jaman now; pishang laa. Dah tu takkan nak mereput diri korang dalam rumah dengan tak buat apa-apa kan? Takkan mak ayah korang tak berleter anak dia asyik duduk diam kat rumah lepas tu tak buat apa-apa? Haa. Jadi Nyra ada padatkan masa dengan perkara agak berfaedah juga lah. Kalau korang nak ikut, silakan. Nyra hanya nak berkongsi saja.


1. Buat senaman ringkas

Pertama sekali, senang saja nak buat senaman ni. Lepas bangun tidur, korang boleh mula lah pijak kaki dan menggeliat seluruh badan. Tapi jangan sampai kejang pula. Haih! Tu bagi Nyra dah kira regangan awal sebab otot dan sendi mula bergerak. Lepas subuh pula, korang janganlah tidur semula pula. Panaskan badan, lari-lari anak sampai tak henti haha, lompat bintang dan macam-macam lagi. Buat exercise yang mudah saja. Dah keluar peluh pun dah kira okay ya.


2. Memasak

Dah duduk rumah mesti lah nak isikan perut juga kan? Betulkan? Mestilah. Jadi memasak antara aktiviti famous lah masa buat sekarang ni. Semua ahli keluarga korang pakat jadi sukarela nak masak kat dapur. Lalu periuk kuali berdentum kuat bunyi dia macam tongkang pecah. Dah mak korang bising pula. “Dapur ni tak ramai tau, bukannya satu kampung datang kenduri kau.” Haha. Kat dapur tu ibu Nyra orang paling pandai masak sedap-sedap. Nyra pun nak ikut juga. Nyra ada lah belek buku masakan untuk dijadikan resepi baru. Nak belajar masakan baru katanya. Adik-adik pun siap nak tunjukkan kehebatan diri sendiri. Ada yang potong bawang halus-halus, siap. Ketuk-ketuk kuali pula siap nak terangkat supaya keluar api besar, siap. Nampak stail lah. Tak begitu Makngah oi!


3. Mengemas rumah

Selalu mak korang yang buat segala kerja rumah. Dah nama rutin harian sebagai seorang surirumah kan. Memandangkan PKP ni alangkah baiknya korang ganti tugas mak korang tu. Kurang sikit beban kerja mak. Kemas bilik, basuh baju, sidai baju, lipat baju, mop lantai, sapu lantai, tukar langsir, tukar cadar tilam, cuci bilik air dan banyak lagi weh. Apa benda lagi nak tambah? Haa tambah sendiri. Nyra biasa akan bahagi-bahagi tugas dengan adik. Nyra tolong ibu kemas satu rumah, adik akan masak sebab dia minat masak dan ibu duduk sambil tonton drama televisyen saja. Bila dah siap tugasan masing-masing, ibu bantah pula. Habis, ibu nak buat kerja apa je? Nyra pun berkata; kerja makan dan kerja tidur. Haha. Diperlakukan seperti bayi. Hehe. Tapi ibu tak suka duduk diam. Jadi ibu akan buat lah kerja apa ibu nak buat. Takpe lah sis reda asalkan ibu sihat dan ceria.


4. Hafal surah

Jom hafal surah. Pilih surah Lazim yang selalu korang baca masa kecik-kecik tu. Lepas tu, buat #SurahChallenges dengan adik-beradik dan satu keluarga. #SurahChallenges ni boleh buat kuiz teka surah atau teka tafsir surah dan tasmik surah. Maca-macam kita boleh olahkan idea berbentuk kuiz ni. Takpun buat dengan kawan-kawan korang. Ya. Memang seronok. Boleh guna banyak apps zaman sekarang seperti Instagram story, Kahoots dan lain-lain lagi. Sambil teka, dapat pahala.


5. Ulangkaji tajwid

Tajwid yang Nyra tahu ada dalam 50 lebih jenis tajwid mesti belajar. Paling asas pun belajar masa sekolah rendah pagi dan petang serta menengah. Sekarang ni sempatlah juga nak belajar tajwid lebih. Jika ada masa lebih, Nyra kongsikan jenis tajwid di entri yang akan datang. Bolehlah kita belajar ya. Pastikan ulangkaji bersama dengan alim tajwid ya. Mudah nak rujuk dan bertanya soalan kepada pengajar.


6. Mengemas fail dalam desktop laptop

Bila dah habis dunia belajar di pengajian tinggi ni, maka apa yang masih tertinggal dan terkesan? Iaitu seguni fail dalam desktop laptop. Banyak sangat dokumen akademik dan aktiviti-aktiviti yang pernah sertai dulu. Ni masanya untuk mengemaskini fail mengikut susunan Nyra supaya storage laptop Nyra tak berat dan bawa masalah. Bila dah kemaskini dan delete apa yang perlu. Lagi-lagi laptop dah 5 tahun perlukan servis laptop. Alhamdulillah bertahan sampai sekarang. Banyak berjasa laptop Nyra ni.


7. Mengemas fail penting rumah

Korang mesti ada simpanan fail berkaitan urusan rumah kan? Patut ada ya. Setiap kali bil api, air dan sebagainya tiba di rumah, apa yang kita perlu buat? Semestinya simpan dan perlu dibawa ke kaunter pembayaran Pos untuk melunaskan pembayaran. Selepas tu, boleh lah simpan maklumat bil semasa dalam satu fail untuk rujukan sepanjang tahun tersebut. Ya lah. Korang boleh kemaskini rekod bil-bil berkaitan dan boleh semak corak jumlah pembayaran setiap bulan. Di sini boleh lihat jumlah pembayaran korang setiap bulan agar tidak melebihi daripada yang dijangkakan. Contoh jenis fail perlu ada di dalam rumah iaitu; fail Sijil-Sijil Penting, fail Utiliti, fail Kewangan, fail Cukai dan beberapa fail lagi. Jika tiada aral nanti bolehlah Nyra kongsikan juga pengurusan failnya.


8. Membaca buku ilmiah

Luangkan masa dalam 20 hingga 30 minit untuk baca buku. Tak kiralah buku apa pun, asalkan dpaat pengetahuan setiap hari. Ada berlambak buku yang Nyra tak baca lagi. Jadi, perlahan-perlahan lah kita nak habiskan pembacaan buku. Dulu waktu sekolah ada NILAM, cikgu pantau dah baca buku ke belum. Sekarang ni kena pantau diri sendiri untuk baca buku. Be strong! Haha. Bagi Nyra pula suka nak baca buku berkaitan ilmu akademik, wanita, motivasi dan banyak lagi. Contoh buku Wanita, Haid dan Istihadah. Semua ilmu ni boleh diaplikasikan bila-bila masa dan di mana korang berada. Nak jadi perempuan bijak, mestilah baca buku. Nak dapatkan ilmu ni bukan tunggu nak pergi sekolah je, bukan tunggu pensyarah bagi maklumat, tapi boleh dapatkan ilmu di mana-mana ruang platform perbincangan ilmu. Ni kalau tak reti cari ilmu, macam mana nak kahwin nanti? Haa pula dah. Kepada korang yang nak kahwin nanti mana tahu kan, gigihkan lah diri untuk cari ilmu berkaitan alam pernikahan dan fasa melayari bahtera perkahwinan. Tak gitu.


9. Membuat kajian ilmiah

Dalam tak sedar banyak sangat kekurangan dalam diri ini sampai tenggelam ilmu berbanding orang lain. Jadi rajin-rajinlah buat kajian sesuatu benda. Kajian ilmiah yang Nyra buat biasanya berkaitan hal akademik, ilmu agama dan nak masuk alam pekerjaan. Cari sumber sahih dan rujukan tepat bagi mengelakkan salah faham berlaku. Nah! Ni perlu tekun nak mengkajinya ya. Bukan senang, agak sukar lah nak tumpukan perhatian benda yang perlu dicari. Dan sebelah tangan perlukan Panadol Actifast ya. Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala? Ya, saya tidak ada masa. Opps! Itu ketika waktu siapkan thesis dahulu kala. Haha.


10. Menonton siaran di televisyen

Last, but not least Nyra akan luangkan masa dengan keluarga untuk menonton siaran di televisyen. Bila satu keluarga tonton televisyen, biasanya keluarga Nyra akan tengok siaran hiburan gelak tawa sebab ayah suka siaran tu je. Contoh tontonan siaran seperti Maharaja Lawak Mega, lawak apa-apalah sampai lah lawak hambar. Haha. For your information, ayah akan jadi King of Remote Control waktu tu. Jangan sekali-kali nak tukar siaran lain. Haha. Ayah tak suka tengok drama Melayu bercintan-cinton ni. Ayah Nyra tak berkenan. Dia sanggup buka berita Bahasa Cina atau Tamil tau. Dah berumur ni ayah Nyra suka tengok Korea genre thriller pula. Okay, sis faham zaman dah berubah. Kau hado?


Mesti tertanya-tanya kenapa banyaknya aktiviti kemas itu ini kan. Haha. Memang Nyra suka kemas-kemas pun. Nak kata nak jadi perfect tak perfect juga. Manalah boleh 100% perfect, kesempurnaan tu milik Allah sahaja. Tak boleh was-was juga. Syaitan pula ambil alih. Senang kata nak kemas nampak cantik je. Sampai sini sajalah entri pertama Nyra ya. Semoga diberi peluang untuk menulis entri seterusya. Sampai ketemu!



Wassalam.

Comments


bottom of page