#3 Jom Daftar Haji tanpa Tunai RM 1,300 di Tangan
- pin-nyra!
- May 2, 2020
- 2 min read
Updated: Nov 12, 2020

Assalamualaikum w.b.t.
Tahukah anda dikala umur yang masih muda ini boleh mendaftar Haji walaupun tiada simpanan duit di dalam akaun Tabung Haji? Bagaimana caranya? Jom Nyra kongsikan cerita dengan ringkas.
1. Bermula kisah tiga bulan lepas, Alhamdulillah, Nyra telah diberi rezeki untuk mendaftar Haji di Tabung Haji. Anda semua pun boleh daftar juga ya. Sebelum itu, Munirah sentiasa mengemaskini Akaun 1 KWSP supaya jumlahnya dapat mencapai RM 1,300. Kerana had jumlah untuk mendaftar Haji adalah sebanyak RM 1,300. Mesti tertanya-tanya kan, kenapa Nyra beria sangat mahukan supaya Akaun 1 tersebut mempunyai sejumlah itu? Apa kaitan Tabung Haji (TH) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)?
2. TH dan KWSP, kedua-duanya adalah dua institusi kewangan yang telah bekerjasama mewujudkan skim Pendaftaran Haji KWSP bagi memudahkan urusan pendaftaran Haji buat Muslim tanpa deposit wang simpanan TH. Hanya menggunakan alternatif lain iaitu akaun KWSP bagi menggantikan simpanan TH yang tidak cukup. Ini lah masanya untuk kita pada waktu muda untuk mendaftar Haji tanpa mengeluarkan sebarang duit simpanan di dalam akaun TH.
3. Pendeposit Tabung Haji adalah layak sekiranya anda adalah pencarum KWSP yang mana anda juga adalah ahli KWSP. KWSP telah mewujudkan dua akaun simpanan iaitu Akaun 1 dan Akaun 2. Akaun 1 bertujuan simpanan kegunaan selepas bersara dan pelaburan serta boleh keluar sepenuhnya pada umur 55 tahun. Akaun 2 pula bertujuan persediaan ingin bersara. Antara pengeluiaran dibenarkan iaitu pengeluaran wang simpanan sewaktu mencecah usia 50 tahun.
4. Duit sebanyak RM 1,300 di dalam akaun 1 KWSP masih kekal amaunnya. Pihak TH tidak akan mengeluarkan duit tersebut sehinggalah giliran kita tiba untuk menunaikan Haji.
5. Anda boleh juga mengeluarkan duit sebanyak RM 3,000 daripada Akaun 2 KWSP untuk kegunaan dan perbelanjaan menunaikan Haji.
Sebelum Mendaftar Haji KWSP
6. Anda perlu mengikuti beberapa keperluan syarat dan barang penting di bawah.
Syarat-Syarat Kelayakan bagi skim Pendaftaran Haji KWSP; individu mestilah
Warganegara Malaysia
Agama Islam
Pemilik akaun Tabung Haji
Pencarum/Ahli akaun KWSP
Simpanan Akaun 1 mempunyai sekurang-kurangnya RM 1,300
Belum berumur 55 tahun semasa pendaftaran Haji
Barang penting yang perlu dibawa
Kad Pengenalan Diri
Salinan Penyata KWSP terkini
7. Cukup sahaja semua syarat dan bekalan item yang perlu dibawa, maka bolehlah mendaftarkan diri di mana-mana cawangan TH berdekatan.
Semasa di Kaunter Tabung Haji
8. Sila ambil nombor giliran anda di bawah butang ‘HAJI’ dan tunggu seterusnya.
9. Sila maklumkan kepada pegawai TH yang bertugas bahawa anda ingin membuat pendaftaran haji dengan menggunakan akaun 1 KWSP.
10. Setelah proses pendaftaran Haji telah selesai, anda akan mendapat slip pendaftaran haji di mana anda boleh tahu tahun peruntukan Haji anda. Boleh kata 100 tahun akan datang lah jenuh menunggu. Macam Nyra dapat giliran 100+ tahun akan datang. Haha. Lama nau. Tapi jangan mengeluh cepat sangat kerana kadang kala rezeki anda tidak boleh ditilik. Mungkin saja kuota akan dilebihkan,mungkin tidak. Boleh sahaja anda mendapat giliran awal berbanding giliran yang ditetapkan oleh pihak TH. Justeru banyakkan berdoa dan bertawakal kepada Allah supaya kita dapat diberi peluang menjejaki ke tanah Haram. Tambahan, boleh sambung menyimpan duit untuk dengan menganggarkan sebanyak RM 10,000 bagi menunaikan ibadat Haji.
11. Anda boleh menghubungi pihak berkenaan jika ingin mendapat maklumat lebih lanjut melalui:
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)?
Laman portal rasmi : https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals/partial/hajj
Bantuan talian : 03-8922 6000
Tabung Haji (TH)
Laman portal rasmi : https://www.tabunghaji.gov.my/en/hajj/general-info/hajj-registration-off
Bantuan talian (THCC): 03-6207 1919.
Wassalam.
Comments