#2 Kempen #SaveALife Selamatkan Bayi tidak Berdosa
- pin-nyra!
- Apr 15, 2020
- 5 min read
Updated: Nov 12, 2020

Assalamualaikum w.b.t.
Cuba 1,2,3! Nyra cuba guna ayat formal dalam karangan. Bismillah.
“Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran hendaklah mengubah dengan tangannya, jika tidak mampu, maka dengan lidahnya dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.” (Riwayat Muslim)
Menelusuri isu diperhangatkan sehingga kini ialah rumah perlindungan ibu dan bayi luar nikah. Setiap tahun fokus yang sama diperjuangkan bertujuan agar bayi yang baru lahir tempatkan di tempat selamat dan terjaga berbanding buang bayi di merata tempat. Memang tidak dinafikan menyokong matlamat kempen #SaveALife tersebut membawa kebaikan demi menyelamatkan nyawa insan yang tidak berdosa. Objektif tercapai apabila bayi yang sudah lahir telah diselamatkan serta ibunya.

Akibat buruk sudah diketahui, maka persoalannya di manakah pergi dan hilangnya akal sang pria dan wanita yang telah sesuka hati melakukan zina sehingga melahirkan zuriat tidak bersalah? Nafsu menjadi punca segalanya-galanya mengatasi akal dan iman. Bila dah berseronok di kala bulan mengambang, tidak sempat berfikir sejenak atas kelakuan mereka. Boleh dikatakan sebelum berzina seks, mental dan fizikal masih waras, malangnya akal diperdaya oleh nafsu. Dan apabila berzina, semuanya lebur nafsu semata-mata. Maruah diri hancur berkecai. Naudzubillahi min dzalik.
Kempen ini bertujuan memberikan perlindungan sewajarnya kepada wanita yang terlanjur dan bukan bertujuan menggalakkan perbuatan keji ini berleluasa. Sebaliknya, membantu wanita tersebut dalam kesusahan menanggung jerih payah melahirkan anak tanpa bantuan keluarga sendiri. Alangkah murni jika kita membantu bayi baru lahir lalu membesarkan di tempat yang elok berbanding dengan sifat tidak berperikemanusiaan membiarkan bayi terkaku sejuk di luar.
Mengapa bisa terjadi? Adakah iman semakin hancur, tidak kuat dan kurang mantap? Dimanakah letaknya akal ? Qalbu hilang menjauh dari Allah? Istighfar banyak-banyak. Apa yang perlu kita buat dengan pelaku-pelaku ini? Perlu didenda? Diajar supaya bertaubat? Solat taubat? Semoga Kau ampuni dosa si pelaku.
Jika dilihat selepas terjadinya perkara tersebut, hilang sahaja dara, muncul buntingan perut. Hilang teruna, lesap terus dirinya. Tiada sedikit pun rasa nak bertanggungjawab atas perbuatan terkutuk sedemikian? Sebagai umat Islam, diri rasa malu apabila mengetahui lagi-lagi si pelakunya adalah Muslim. Wallahu a'lam.
Maka itu, banyaklah info kita dapat ketahui dengan adanya banyak pertubuhan-pertubuhan telah menyediakan rumah perlindungan buat wanita-wanita yang sudah terlanjur dek kerana dibuai nafsu serakah bersama-sama lelaki yang tidak bertanggungjawab. Set lengkap pakaian, susu, dan tempat tinggal sudah disediakan tanpa perlu berfikir. Tambahan juga, penyediaan keperluan asas buat bakal ibu turut disediakan. Hanya tinggal perjuangan seorang ibu menjaga anaknya. Setiap hari ada sahaja pihak wanita yang membuat panggilan masuk untuk meminta bantuan menumpang kasih kerana diusir keluarga. Malangnya, ada juga yang membuang bayi di tempat tidak sepatutnya disebabkan tidak mahu bertanggungjawab dan merasakan semua ini adalah satu bebanan. Oleh itu, Talian Kasih sangat membantu kesusahan yang dialami.
Justeru, kes ini perlu dirawat dengan segera. Kerana apa? Kerana setiap kali telanjur melakukan hubungan seks antara bukan mahram, pastinya akan menghasilkan benih dan melahirkan anak. Anak itu pula dikategorikan sebagai anak tidak sah taraf. Berapa ramai anak saf taraf ini berada di Malaysia? Seperti angka yang dinyatakan sudah mencecah kurang dan lebih sehingga 15,000 bayi yang bakal mengenal dunia. Bagaimana kita perlu mencegah angka ribuan sehingga berkurangan kepada ratusan? Berkurangan sehingga puluhan? Berkurangan sehingga satu dan akhirnya sifar. Daripada kedudukan digit belasan ribu kepada sa (15,000 ke 0). Sungguh mustahil ini berlaku. Tetapi apakan daya, kita hanya mampu merancang dan melaksanakan agar dapat menghindari perbuatan tersebut.
Anak ibarat butir permata indah buat pasangan. Anak tersebut bakal dicorakkan dengan canting rona roni Islam. Kita perlu menjaga agama dan akhlak anak-anak demi membangunkan baitul muslim yang baik seterusnya memasyarakatkan muslim. Sedarlah anak muda bahawa hidup anak luar nikah ini akan sedikit sebanyak akan menjatuhkan reputasi anak sebaik sahaja dia membesar. Perit jiwa seseorang anak bila dimaklumi dia adalah anak tidak setaraf dengan anak-anak sah taraf.
Dengarlah adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, pakcik, makcik dan pembaca. Sesungguhnya berzina itu adalah dosa besar.
ZINA = DOSA BESAR
Zina ada banyak jenis seperti zina mata, zina lisan, dan zina anggota badan. Disebutkan dalam hadis Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw. bersabda, “Allah telah menetapkan atas setiap Bani Adam bagiannya dari zina yang tidak bisa tidak pasti ia mendapatinya. Zina mata adalah melihat, zina lisan adalah berbicara, hati berangan-angan serta bernafsu dan kemaluan membenarkan atau mendustakannya.”
Allah sudah bertegas di dalam Al-Quran, surah Al-Isra' ayat 32 bahawa zina adalah perkara dilarang untuk mendekatinya.
ولا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلً (QS17:32)
“Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk.”
Kenapa berdegil dan liat sangat tidak mengikut suruhan Allah? Kenapa buat Allah murka dengan melaksanakan laranganNya? Tidak sayangkah kita pada Allah dan ibu bapa? MasyaAllah. Semoga tetapkan hati kita di jalan Allah. Takut sekali berbicara soal ini.
Iktibar boleh diambil jika kita renung kisah terjadi sewaktu zaman nabi lagi, kita akan bayangkan bagaimana seksa si pelaku zina berhadapan dengan balasan. Boleh buka kisah di mana hukuman bagi pelaku zina yang belum menikah adalah dicambuk 100 kali dan diasingkan selama satu tahun. Dan hukuman bagi pelaku zina yang telah menikah adalah direjam sampai mati. Rasulullah s.a.w telah merejam sebanyak enam orang di antaranya adalah Mu’iz, wanita al-Ghamidiyah dan lain-lain. Sejarah mengulangi ke zaman ini.
Maka yang terbaik untuk menangani masalah ini adalah memikirkan tindakan sewajarnya. Kempen yang dijalankan ini memberikan saya berpandangan bahawa apa yang terjadi ini memerlukan uslub mencegah mungkar dan adalah sangat dituntut dalam Islam bagi mengelakkan berlakunya hal-hal yang tidak diingini.
Kaedah pertama ialah daripada diri sendiri dan keluarga. Dianggap adalah satu amanah untuk menjaga diri kerana semua pinjaman Allah. Patutnya diri wajib mengamalkan amalan Islam bagi mengelakkan diri terjerumus ke perkara-perkara tidak berfaedah. Amalan Islam perlu dititikberatkan bagi mendidik rohani, akal dan sahsiah diri. Percayalah selangkah kita ingat Allah, berlari Allah kejar hambaNya.
Kerajaan juga boleh menggunapakai usaha tambahan ini bagi mengawal atau berharap dapat menghentikan perbuatan zina dengan;
1. Sentiasa berpesan kepada orang ramai terutamanya umat Islam tentang ayat dilarang zina. Terangkan laknat Allah di dunia dan akhirat.
Masih diriwayatkan darinya dari Nabi saw. beliau bersabda, “Jika seorang hamba berzina maka keluarlah darinya keimanan dan jadilah ia seperti awan mendung. Jika ia meninggalkan zina maka kembalilah keimanan itu kepadanya,” (Shahih, HR Abu Dawud [4690]).
2. Dari saintifiknya pula, sila beri penerangan mengenai bahayanya seks. Keburukan bersentuhan tidak sah sehingga boleh sahaja menyebabkan terjadinya HIV/AIDS. Penerangan beserta grafik/video bahaya yang dapat memberi impak kepada si pelaku.
3. Kesan keburukan ke atas diri kita, keluarga dan anak yang tidak bersalah. Apa akan jadi pada golongan-golongan ini? Pada hakikatnya, akan terima cemuhan dan malu. Bagaimana pula dengan status anak tersebut? Nasabnya? Banyak perlu dijawab. Dijawab di dunia dan di akhirat kelak.
4. Pihak berkuasa undang-undang boleh melakukan penguatkuasaan menangkap pelaku zina. Tangkap semampu boleh. Pihak berkuasa perlu memberi balasan setimpal kepada pelaku-pelaku zina dengan merejam dengan batu sebagai pengajaran buat orang lain. Ya di sudut hati memang dilihat kejam. Tapi lagi kejam jika kita tak bantu umat Islam untuk sedar atas kesalahan dan berlakunya keruntuhan akhlak Muslim dengan berleluasa. Diberi denda rohani, diberi kesedaran bahawa perbuatan tersebut adalah salah sehingga mereka sedar sepenuhnya. Tertakhluk salah disisi agama mahupun undang-undang. Islam patut melindungi perkara mazmumah dan meluas sebarkan perkara mahmudah. Selain itu, membantu si pelaku mempelajari ilmu agama untuk memantapkan hati mereka ke jalan Allah. Bertaubatlah sebanyak mungkin. Semoga Allah menerima ampunan taubat Nasuha hambaNya.
5. Pihak berkuasa agama boleh menyarankan pasangan telanjur untuk bernikah segera bagi menjaga kehormatan bayi tersebut. Setidak-tidaknya mengajar si pelaku memikul erti tanggungjawab dan amanah atas perbuatan disengajakan atau tidak disengajakan.
6. Bagi saya pendapat terakhir adalah ketua negara atau pemimpin negara perlu bertegas dan mengingatkan di mata rakyat dalam hal sedemikian mengatakan HARAM BERZINA DI MALAYSIA.
Serulah di media sosial atau di mana-mana. Biar bergegar satu Malaysia. Jika anda menyeru sedemikian, anda sudah menyelamatkan UMAT ISLAM daripada tersasar ke gaung jahanam. Mohon selamatkan umat Islam.
Wassalam.
Comments