top of page

#5 Ramadan Bertandang 30 Hari

Updated: Nov 12, 2020




Assalamualaikum w.b.t.


Ramadan dah pergi jauh! Sayu hati bila tiba di penghujung Ramadan. Waktu tu Nyra fikir terus buat pecutan akhir sebab tak nak sia-siakan masa yang ada. Berbaki 24-48 jam sahaja lagi. Apa yang ada dalam fikiran adalah perlu mencapai hasrat sepanjang Ramadan dengan mengejar-ngejar amalan-amalan seperti solat tarawih dan khatam Al-Quran. Niat ingin mengkhatamkan Al-Quran tahun ini, tapi sayangnya hanya mampu baca sehingga pertengahan juzuk 20 sahaja. Tak dapat nak buat majlis khatam Al-Quran. Ya lah, setiap kali khatam Al-Quran kan ada buat pulut kuning lah, ada telur pahau atau bunga telur. Macam di majlis pengantin tu. Tu yang difikir. Hahah. Haa! Saja throwback masa waktu kecik-kecik.


Semoga Ramadan ini, Allah mengampuni dosa dan terima amal ibadat diri sendiri, ibu ayah dan keluarga dan seluruh umat Islam. Dan memohon sangat agar hapuskanlah pandemik Covid19 dengan cepat.


Setiap kali Ramadan mulalah bermonolog dengan diri supaya berazam dan berhasrat untuk menggandakan amal berlipat ganda. Contohnya;


1. Segerakan berbuka puasa setiap kali masuk waktu azan Maghrib.

2. Mendirikan solat secara sendirian atau berjemaah awal selepas jamah juadah berbuka puasa kira-kira hanya mengambil masa sekitar 25 minit.

3. Membaca Al-Quran satu juzuk setiap hari. Selalu sebut Satu Juzuk Satu Hari/ One Day One Juz’ (ODOJ).

4. Sambung mendirikan solat Tarawih selepas solat Isyak.

5. Sentiasa melazimi istighfar dan bermunajat kepada Allah setiap kali ada waktu terluang.

6. Mencari Lailatul Qadar di akhir 10 malam Ramadan.


Ramadan semestinya memberi nilai tambah kepada diri kita untuk meningkatkan lagi keperibadian diri. Oh ya! Nilai tambah diri tu apa? Menjadikan diri kita menjadi lebih baik, efisien, efektif dan hidup secara bersederhana. Jom Nyra senaraikan.


Contoh situasi : Kita menyegerakan waktu berbuka puasa seusai azan Maghrib berkumandang dan mendirikan solat selepas menikmati juadah berbuka puasa.


Nilai tambah diri : Sudah mula mendidik diri agar menepati masa bagi sesuatu urusan.


Contoh situasi : Membaca Al-Quran setiap hari walaupun hanya sehelai muka surat.


Nilai tambah diri : Sentiasa istiqamah dalam beribadat dan bertepatan dengan saranan Allah yang mana Allah sangat menyukai orang yang berterusan mengamalkan beribadat kepada Allah.


Contoh situasi : Penat lelah bertenaga untuk seharian demi kewajipan berpuasa.


Nilai tambah diri : Mula menjadi cekal dan tabah dalam diri dalam mengharungi pekerjaan atau urusan hari-hari dengan berpuasa.


Jadi, nilai tambah ini harapnya berterusan mengamalkan selepas Ramadan. Bukan tika Ramadan saja. Huhu. Pesan pada diri yang lalai ini. Dalam masa menambahbaikkan diri dalam bulan Ramadan, tertanya-tanya juga lah kenapa kita beria-ia laksanakan ibadah yang sudah kita rancang? Haa. Mestilah kita buat semata-mata nak dapat pahala berlipat ganda di setiap amalan yang kita lakukan kan? Betul lah tu. Jangan lupa, cari keredaan Allah juga.


Setiap kali bila muhasabah diri, termenung seketika adakah semua amalan kita ini akan diterima oleh Allah?


Cukupkah amalan kita di bulan Ramadan tahun ini dan sebelum-sebelumnyanya sampai di tangan Allah dan menjadi bekalan saham akhirat?


Adakah Ramadan ini bakal menjadi yang terakhir? Sempatkah kita berjumpa Ramadan di tahun akan datang?


Fikir-fikirkan dan sekali lagi menung-menungkanlah.


تقبل الله منا ومنكم

"Semoga Allah menerima amal kami dan kalian"


Wassalam.

Comments


bottom of page